Monday 8 October 2012

Sejarah ringkas Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 



Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.



BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

Kelebihan Surah Yassin





KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA) 
 
 
Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi  Senang
Ø       Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ø       Ayat 9 -  Orang jahat tak nampak  kita especially orang kafir.
Ø       Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø        Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø       Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada  anak.
Ø       Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø       Ayat 29 - Utk digunakan jika kita  rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø       Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa  berada dihati - beramal dengannya).
Ø      Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi  baik. Caranya: Ingat  yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ø       Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø       Ayat 36 - Menerangkan yang  kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan  berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan  berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø      Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang  kering akan hidup semula.
Ø      Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan  dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang  satu.
Ø      Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø      Ayat 40 - Merupakan kenyataan  Allah s.w.t. yang satu.
Ø     Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki  kenderaan.
Ø        Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø        Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah  s.w.t.
Ø        Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan  kehidupannya.
Ø        Tiupan pertama - Datang dengan  tiba-tiba
Ø        Tiupan ke-dua - Hancur
Ø        Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir  di padang Mahsyar.
Ø        Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø        Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit  kepala, baca dan  sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø        Ayat 76 - Dibaca untuk  mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ø        Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: > > dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?> >  (Ayat 78  dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø        Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan  menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.
Ø        Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari  -boleh menjadi penawar. Jika air habis  ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang  Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat


i pad

Screen and input

The original iPad in its black case. For the iPad 2, Apple sells a Smart Cover rather than a case.
The iPad's (first two generations) touchscreen display is a 1,024 by 768 pixel, 7.75×5.82 in (197×148 mm) liquid crystal display (diagonal 9.7 in (246.4 mm)), with fingerprint- and scratch-resistant glass. Steve Jobs said a 7-inch screen would be "too small to express the software" and that 10 inches was the minimum for a tablet screen. Like the iPhone, the iPad is designed to be controlled by bare fingers; normal, non-conductive gloves and styli do not work, although there are special gloves and capacitive styli designed for this use.
The display responds to other sensors: an ambient light sensor to adjust screen brightness and a 3-axis accelerometer to sense iPad orientation and switch between portrait and landscape modes. Unlike the iPhone and iPod Touch's built-in applications, which work in three orientations (portrait, landscape-left and landscape-right), the iPad's built-in applications support screen rotation in all four orientations, including upside-down. Consequently, the device has no intrinsic "native" orientation; only the relative position of the home button changes.
There are four physical switches on the iPad, including a home button near the display that returns the user to the main menu, and three plastic physical switches on the sides: wake/sleep and volume up/down, plus a software-controlled switch whose function has changed with software updates. Originally the switch locked the screen to its current orientation, but the iOS 4.2 changed it to a mute switch, with rotation lock now available in an onscreen menu. In the iOS 4.3 update, released with the iPad 2, a setting was added to allow the user to specify whether the side switch was used for rotation lock or mute.
The original iPad had no camera; the iPad 2 has a front VGA camera and a rear-facing 720p camera, both capable of still images (but these are only taken at a low quality 0.3 megapixels) and 30fps video. The rear-facing camera has a 5× digital zoom for still images only. Both shoot photo and video in a 4:3 fullscreen aspect ratio, unlike the iPhone 4, which shoots in a 16:9 widescreen aspect ratio. Unlike the iPhone, the iPad does not support tap to focus, but does allow you to tap to set auto exposure. The cameras allow FaceTime video messaging with iPhone 4, iPod Touch 4, and Snow Leopard, Lion, and Mountain Lion Macs.

Connectivity

The iPad can use Wi-Fi network trilateration from Skyhook Wireless to provide location information to applications such as Google Maps. The 3G model supports A-GPS to allow its position to be calculated with GPS or relative to nearby cellphone towers; it also has a black strip on the back to aid 3G reception..The iPad has a headphone jack and a proprietary Apple dock connector, but no Ethernet or USB port. However, the Apple Camera Connection Kit accessory provides two dock connector adapters for importing photos and videos via USB and SD memory cards.

Audio and output

The iPad has two internal speakers reproducing left and right channel audio located on the bottom-right of the unit. In the original iPad, the speakers push sound through two small sealed channels leading to the three audio ports carved into the device, while the iPad 2 has its speakers behind a single grill. A volume switch is on the right side of the unit. A 3.5-mm TRRS connector audio-out jack on the top-left corner of the device provides stereo sound for headphones with or without microphones and/or volume controls. The iPad also contains a microphone that can be used for voice recording.
The built-in Bluetooth 2.1 + EDR interface allows wireless headphones and keyboards to be used with the iPad. However iOS does not currently support file transfer via Bluetooth. iPad also features 1024×768 VGA video output for limited applications, screen capture, connecting an external display or television through an accessory adapter.

Power and battery

The iPad uses an internal rechargeable lithium-ion polymer (LiPo) battery. The batteries are made in Taiwan by Simplo Technology (60%) and Dynapack International Technology. The iPad is designed to be charged with a high current of 2 amperes using the included 10 W USB power adapter and USB cord with a USB connector at one end and a 30-pin dock connector at the other end. While it can be charged by a standard USB port from a computer, these are limited to 500 milliamperes (0.5 amps). As a result, if the iPad is running while powered by a normal USB computer port, it may charge very slowly, or not at all. High-power USB ports found in newer Apple computers and accessories provide full charging capabilities.
Apple claims that the battery for both generations of iPad can provide up to 10 hours of video, 140 hours of audio playback, or one month on standby. Like any rechargeable battery technology, the iPad's battery loses capacity over time, but is not designed to be user-replaceable. In a program similar to the battery-replacement program for the iPod and the original iPhone, Apple will replace an iPad that does not hold an electrical charge with a refurbished iPad for a fee of US$99 plus $6.95 shipping. As a different unit is supplied, user data is not preserved. The refurbished unit will have a new case. The warranty on the refurbished unit may vary between jurisdictions.
Independent companies also provide a battery replacement service, returning the original unit with new battery but original case. Alternatively it is possible for a technically competent user to buy and install a new battery, which may invalidate any remaining warranty on the iPad. The task does not require soldering, but is technically challenging.

Storage and SIM

The iPad model with data connectivity, unlike the Wi-Fi model, has a black plastic piece on the underside which allows cellular signals to pass through it.
The iPad was released with three capacity options for storage: 16, 32, or 64 GB of internal flash memory. All data is stored on the internal flash memory, with no option to expand storage. Apple sells a "camera connection kit" with an SD card reader, but it can only be used to transfer photos and videos.
The side of the Wi-Fi + 3G model has a micro-SIM slot (not mini-SIM). The 3G iPad can be used with any compatible GSM carrier, unlike the iPhone, which is usually sold 'locked' to specific carriers. In the U.S., data network access via T-Mobile's network is limited to slower EDGE cellular speeds because T-Mobile's 3G Network uses different frequencies. The iPad 2 introduced a third tier of models with CDMA support for Verizon Wireless in the United States, available separately from the AT&T capable version.

Optional accessories

Apple offers several iPad accessories, most of which are adapters for the proprietary 30-pin dock connector, the iPad's only port besides the headphone jack. A dock holds the iPad upright at an angle, and has a dock connector and audio line out port. Each generation of iPad requires a corresponding dock. A dock that included a physical keyboard was only supported for the original iPad, but all generations are compatible with Bluetooth keyboards that also work with Macs and PCs. The iPad can be charged by a standalone power adapter ("wall charger") also used for iPods and iPhones, and a 10 W charger is included with the iPad.
Apple sells a camera connection kit that consists of two separate adapters for the dock connector, one to USB Type A, the other an SD card reader. Adapter can be used to transfer photos and videos and to plug USB audio card or MIDI keyboard. A third party sells an adapter that includes USB, SD, and microSD on a single unit.An adapter to VGA connectors allows the iPad to work with external monitors and projectors. Another adapter mirrors the screen onto HDMI compatible devices in 1080p and works with all apps and rotations. Unlike other adapters, it allows the iPad to charge through another dock connector. While the HDMI adapter was released with and advertised for the iPad 2, it also works with the first-generation iPad, the iPhone 4, and the fourth generation iPod Touch.
A Smart Cover can be used as a stand for the iPad 2 while the display is in use.
Smart Covers are screen protectors that magnetically attach and align to the face of the iPad 2. The cover has three folds which allow it to convert into a stand, which is also held together by magnets. While original iPad owners could purchase a black case that included a similarly folding cover, the Smart Cover is meant to be more minimal, easily detachable, and protects only the screen. Smart Covers have a microfiber bottom that cleans the front of the iPad, which wakes up when the cover is removed. There are five different colors of both polyurethane and leather, with leather being more expensive. Smart Covers are not compatible with the original iPad. In June 2012, Apple started selling the Smart Case - a case with the combined function of a smart cover and a back protection case which is compatible with the second and third generation iPads.

Monday 1 October 2012

Ahli Sunah Waljamaah



Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab:أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (Bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni. Ahlussunnah adalah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.

Takrifan

Ahlus Sunnah adalah orang-orang yang mengikuti sunnah dan berpegang teguh dengannya dalam semua perkara yang Rasulullah berada di atasnya dan juga para sahabatnya. Oleh kerana itu Ahlus Sunnah yang sebenarnya adalah para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.

Sejarah

Fitnah di tubuh Islam

[sunting]
Fitnah pada saat wafatnya Rasulullah Muhammad

Ketika Rasulullah Muhammad SAW wafat, maka berlakulah salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang selanjutnya menjadi pemimpin kaum muslimin. Para sahabat melihat hal ini akan mengakibatkan perang saudara antara kaum muslimin Muhajirin dan Ansar. Setelah masing-masing mengajukan delegasi untuk menentukkan siapa Khalifah pengganti Rasulullah, akhirnya disepakati oleh kaum muslimin untuk mengangkat Abu Bakar sebagai Khalifah.

[sunting]
Fitnah masa khalifah ke-3

Pada masa kekhalifahan ke-3, Uthman bin Affan, berlaku fitnah yang cukup serius di tubuh Islam pada saat itu, yang mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman. Pembunuhnya ialah suatu rombongan delegasi yang diasaskan oleh Abdullah bin Saba 'dari Mesir yang hendak memberontak kepada Khalifah dan hendak membunuhnya. Abdullah bin Saba 'berjaya membina pemahaman yang sesat untuk mengadu domba umat Islam untuk menghancurkan Islam dari dalam. Kemudian masyarakat banyak saat itu, terutama ditaja oleh para bekas pelaku pembunuhan terhadap Uthman, berjaya membunuh beliau dengan sadis ketika beliau sedang membaca Quran.

[sunting]
Fitnah masa khalifah ke-4

Segera setelah bai'at Khalifah Ali mengalami kesulitan bertubi-tubi. Orang-orang yang terpengaruh Abdullah bin Saba 'terus menerus mengadu domba para sahabat. Usaha mereka berjaya. Para sahabat salah faham mengenai kes undang-undang pembunuhan Uthman. Yang pertama berasal dari isteri Rasulullah SAW, Aisyah, yang bersama dengan Talhah dan Zubair berjaya diadu domba hingga terjadilah Perang Jamal atau Perang Unta. Dan kemudian oleh Muawiyah yang diangkat oleh Uthmansebagai Gabenor di Syam, mengakibatkan berlakunya Perang Shiffin. Melihat banyaknya korban dari kaum muslimin, maka pihak yang berselisih mengadakan ishlah atau keamanan. Para pemberontak tidak senang dengan adanya keamanan diantara kaum muslimin. Kemudian terjadi usaha pembangkangan oleh mereka yang pada awalnya berpura-pura / munafik. Merekalah GolonganKhawarij

[sunting]
Tahun Jama'ah

Kaum Khawarij ingin merebut kekhalifahan. Tapi terhalang oleh Ali dan Muawiyah, sehingga mereka merancang untuk membunuh keduanya. Ibnu Muljam dari Khawarij berjaya membunuh Khalifah Alipada saat khalifah mengimami solat subuh di Kufah, tetapi tidak terhadap Muawiyah kerana dijaga ketat. Bahkan Muawiyah berjaya mengkonsolidasikan diri dan umat Islam, berkat kecakapan politik dan ketegaran kepemimpinannya. kerana belajar oleh berbagai pertumpahan darah, kaum muslim secara pragmatis dan realistik menyokong kuasa de factoMuawiyah. Maka tahun itu, tahun 41 Hijrah, secara khusus disebut tahun persatuan ('am al-jama'ah).

[sunting]
Sunnah Madinah

Kaum muslimin mendalami agama berdasarkan Al-Quran, dan memperhatikan serta ingin mempertahankan sunnah Nabi di Madinah. Akhirnya ilmu hadis yang berkembang selama beberapa abad, sampai tuntasnya masalah pembukuan hadis sebagai wujud nyata Sunnah pada sekitar akhir abad ke-3 Hijrah. Saat itu, lengkap sudah kodifikasi hadis dan menghasilkan al-Kutub al-Sittah(Buku Yang Enam) yakni oleh al-Bukhari (w. 256 H), Muslim (w. 261 H), Ibnu Majah (w. 273 H), Abu Daud (w. 275), al-Turmudzi (w. 279 H) , dan al-Nasa'i (w. 303 H).

[sunting]
Perkembangannya kemudian

Ahlus-Sunnah pada masa kekuasaan Bani Umayyah masih dalam keadaan mencari bentuk, hal ini dapat dilihat dengan perkembangan empat mazhab yang ada di tubuh Sunni. Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi, hidup pada masa perkembangan awal kekuasaan Bani Abbasiyah.

Mazhab / aliran Fikih

Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya ber-ijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw.

[sunting]
Hanafi

Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (PakistanIndiaBangladeshSri Lanka, danMaldives), Mesir bahagian Utara, separuh IraqSyriaLubnan TurkiUzbekistanTurkmenistan,TajikistanKazakhstanKyrgystanChinaBosnia dan Palestin (campuran Syafie dan Hanafi), Kaukasia (ChechnyaDagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi 2 empayar islam terbesar iaituAbbasiyah dan Turki Uthmaniyah

[sunting]
Maliki

Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara seperti MoroccoAlgeriaTunisiaLibyaSudanMauritania,Mesir bahagian selatan, NigeriaSenegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana NabiMuhammad hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi darihadis.

[sunting]
Syafi'i

Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara IraqKurdistanIran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zamanAyyubiyah), SomaliaYaman di wilayah HadramautIndonesia , ThailandSingapuraFilipinaSri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei.

[sunting]
Hambali

Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut diArab Saudi.

Jenis-jenis Khat

Khat Kufi Fatimi


Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.

Khat Diwani Jali




Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah olehkhattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah. <

Khat Ijazah



Khat ini dicipta/diambil dari dua jenis khat iaitu Nasakh dan Thuluth. Ini bermakna khat Ijazah merupakan adunan dua jenis khat menjadi satu. Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang berkelayakkan dalam bidang seni khat, ia juga digunakan untuk tandatangan sultan dan kalifah.

Khat Huruf Taj


Al-Taj bermaksud mahkota. Bentuk ini dicipta oleh pakar khat Mesir Muhammad Mahfiz pada zaman pemerintahan Raja Ahmad Fuad 1349H dengan meletakkan satu tanda seperti lam alif terbalik (seperti bentuk mahkota) di atas kepala huruf Nasakh dan ada juga di atas huruf Riq'ah.

Khat Nasakh




Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah. Tulisan Nasakh munculpada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah.

Khat Farisi





Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.